Sunday 14 September 2014

Give Me Some Space


Assalamualaikum..


Sudah sekian lamanya, sudah atas desakan kak aku tu Miss Strawberry Cinta dan aku pun dulu bukan main gedik-gedik nak buat blog bagai la kononnya haha dan hari ni dengan berkat hujan bagai sajalah dengan tak ada idea aku nak bercerita.


''Give Me Some Space"


hahah. minah salih sangat tajuk aku tu kan, tapi bahan cerita ni bukanlah versi english, masih dalam bahasa kebangsaanku, haha dramatik di disitu.
sebenarnya banyak sangat yang berlaku yang nak saja aku story kat dalam ni tapi dengan kekangan waktu aicehh hee betul dengan sikap aku yang malas maka saja aku coretkan semua kenangan tu dalam ingatan aku saja nanti bila ada masanya insyaAllah akan aku luahkan satu persatu kat sini.

Hari ni aku nak cerita apa yang berlaku hari ni , tak ada lah menarik mana tapi hanya sekadar perkongsian permulaan untuk aku mula meluah rasa disini aicehh..

Pagi ni aku bangun awal. awal ka? awal la sebab hari ni hari cuti lagi maka awal la bagi aku. Aku bersiap dan keluar ke Mushroom terus ke bank keluarkan apa yang berbaki dekat dalam tu. Mana tidaknya dah bukak purse aku yang gimik tebal sangat tu ada la 5 helai not seringgit rasa sedih la pulak.
Dah selesai keluarkan duit yang tidak berbaki kat bank tu saja aku lajukan langkah ke library yang jarang sangat tengok muka aku. Hahah


Apa aku nak buat kat library ni ? tido mungkin? Tanpa sebarang tujuan dan buku, aku menapak ke tingkat dua library. Bukan aku tak ada assignment, ada saja atas meja kuiz,test semuanya ada dan esok, ya esok aku test Csc dan segalanya tapi saja aku tinggalkan. Final pun boleh bilang dengan jari saja ni hari dan waktunya.Kenapa? Saja aku biarkan, belakangan ni aku rasa stress sangat tengok sajalah jerawat yang makin pesat membiak dekat muka ni ha. sampai aku dah malas nak 'cara'. 

Jalan Sorang? ya aku sorang. Mana kengkawan lain? Bergaduh? Taklah. Kenapa? Saja, 
kadang-kadang kita nak bersendirian.yeah..Berikan aku ruang nak bernafas, kenapa? tak bernafas ka selama ni? Bagi yang tak faham, fahamkan sajalah maksud aku, malas nak hurai panjang-panjang. Mungkin ada yang macam aku dan mungkin juga tidak. Kalau kita lihat sekeliling, ada saja yang jenis sentiasa perlu ada bersama kengkawan, ada saja yang selesa cuma berkawan dua sahaja mungkin, ada juga yang mungkin jenis ikut mood mungkin? 

Macam tu lah aku,kadang-kadang tu ada rasa nak sorang-sorang saja waktu tu bukan ada masalah ka apa tapi itu aku, kadang-kadang aku rasa kengkawan aku mesti perasan kadang aku jalan dengan depa kadang-kadang aku lari jalan dengan grup lain, bukan aku merajuk,terasa ka apa tapi kadang-kadang mengikut waktu yang tertentu,keselesaan dan keadaan, buatkan kita bertindak macam tu kan.Aku pun pening, tapi memang tu lah perangai tak semenggah aku.

Macam tu juga perbezaan pendapat,jika pendapat mahupun citarasa kita berbeza janganla menghina mahupun mencela hak orang, nak ikut selera kita,fikir kita saja yang betul susah lah macam tu. Kita tak sama, Maka sama-samalah kita terima apa saja perangai kengkawan sekeliling kita kan. Iyalah,kan kekuasaan Allah mencipta semua orang berbeza-beza. So,give and take lah ye.

Okeh, sambung cerita tadi, aku majukan langkah kaki aku ke tempat yang sediakan meja untuk sorang-sorang dan kebetulannya pulak dekat atas meja tu ada buku yang hamba Allah mana yang tinggal tajuk dia pun acah-acah menarik gitu..


"Aku Gadis Mistik"




Kan aku kata tajuk dia acah-acah menarik gitu, dah lama aku tak baca buku macam ni.. 
selama ni rajin lah sangat baca buku macam ni? hahah..hujan tiba-tiba makin lebat pulak,meh aku nak men'sinopsis'kan sikit pasal cerita ni

Buku ni mengisahkan tentang seorang budak perempuan namanya Mein, mulanya aku ingat laki, apa ke pelik namanya tu kan. umur? baya-baya aku la kot sebab tak ada la pulak dia cerita, latar belakang negara seberang. Hidup susah, duit untuk makan hari-hari bermodalkan suara menyanyi di jalanan,ketuk-ketuk tingkap kereta orang masa tengah jam atau traffic light.Hidupnya hanya sebatang kara, satu-satunya yang dianggap keluarga oleh Mein ialah Mbak....apa ya? aku tak ingat nama Mbak tu, masyaAllah, inilah masalah aku, pelupa!  tak apalah Mbak sajalah. 

Mbak umurnya dalam lingkungan 40-an, tidak berkahwin, mengambil upah mencuci baju,ala-ala dobi la..
Mbak jumpa Mein ni masa Mein bayi lagi, Mein dijumpai Mbak di sekitar rumah Mbak. Mbak bela Mein sampailah dia besar. Mein menumpang kasih sayang Mbak macam ibu dia sendiri tapi.. segalanya berubah apabila Mein menyedari bahawa ada sesuatu yang lain tentang dirinya

Apa yang lain tentang Mein adalah Mein ada power, haha..  macam tak logik saja kan, kuasa apa? mega sakti? Power Rangers? merapu arghh..

bukan kuasa, tapi kelebihan yang Allah bagi pada dia, Mein boleh mengawal otak seseorang itu untuk melakukan sesuatu apa yang dia suruh, haa dasyat kan.. lepas baca buku ni mulalah aku berangan. Kalau aku pun ada kuasa tu aku buleh kawal otak lecturer-lecturer aku bagi aku dapat 4flat terus haha.. senang lah hidup aku.. namun apakan daya.. itu semua cerita rekaan semata
Aku malas nak cerita pasal buku ni sampai habis sebab aku tersangatlah malas nak mengarang dan kalau aku cerita benda yang menarik pun akan jadi tersangatlah tak menarik, hambar..itu masalah aku. Ni dari petang sampailah sekarang, tak habis-habis lagi aku mengarang, ni dah tersangat panjang bagi aku ni..


Pengajaran yang dapat dari buku ni adalah:

-Siapapun kita,berjaya manapun kita, hati tak kan tenang kalau kita jauh dari Allah,maka kembalilah kita pada fitrah manusia
-SuruhanNya bukan suka-suka tapi ada ganjaran bagi orang yang melaksanakan perintahNya
-Selagi punya nafas untuk dihela tiada istilah 'terlambat' untuk bertaubat.


esok aku test! tidak!!

sekian sajalah, malas dah aku. Wish me luck for tomorrow!




p/s: congrats to my beloved sister,saat kau jatuh dihina, kau masih mampu bangun dan berdiri dengan gagah
 - proud to have you as my sister, who are always be with me and always be the best listener for me when i'm down and lost.















2 comments:

  1. Thanks my dear lil sister,sedih pula aku baca pasal bab duit tu,aihh kering sangat ka?cita la lagi pasal Mein tu power dia macam syok je,tergantung tak habis ni,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah.. nanti balik rumah raya haji ni aku cita hehee... sngaja link nama, mana tahu tetiba dapat mesej duit masok ka.. hehehe

      Delete