Friday 16 May 2014

Kenduri al-kisah Katil Pengantin


Assalamualaikum...



Kenduri al-kisah Katil Pengantin? Apakah? tajuk tu mcm pelik ja kihkihkih.. akisahnya begini.


Hari kejadian : Sabtu
   Tarikh         : 26/4/2014


bersempena pakat-pakat dok cuti sem kawan aku si Syuhada jemput la kami, kengkawan masa zaman sekolah menengah lagi hendaknya pulak semuanya bekas-bekas budak asrama belaka ni.. ke rumah dia sebab musababnya kenduri kawin abang dia. Maka kami yang masing-masing dah lama tak lama sangat berjumpa ni plan nak gi ramai-ramai. Mulanya 9 orang tapi bila dah smpai hari dan waktunya ada saja yang excuse ada itu ini lah.. tapi nak kata pa lah kan.. kita hanya merancang tuhan yang menentukan..



Birthday Girl


al-Maklumlah.. kami semua ni student,makanya sewa kereta la jawabnya. Dalam pukul 12 gitu kami semua betolak ke Teloi Kanan, sesampai saja kat kuala ketil kami semua berenti nak beli hadiah la kek la utk si Syu tu haa,birthday girl ..tu suma kengkawan aku la tu punya idea. Orang lain yang kawin orang lain pulak dapat hadiah..



Driver  : Cik Siti
dah macam besday dia la pulak.



bila dah sampai apa lagi, niat utama makanlah...
bila semua dah pakat-pakat kenyang makanya, aktiviti wajib kami..

  ..klik ..klik




dengan pengantin..
makin segak kengkawan aku
aku ja yang dok 'membela'  huu...




yuhuu..kami 8 ja tinggal




dah puas bergambar kat depan sasaran seterusnya ...bilik pengantin
macam-macam gaya ada.. kikiki.. snap sana snap sini sampaila..
bergambar atas katil. bayangkan lapan orang atas katil punya eksaited nak bergambar  huhu masa tengah tak ingat dunia tu ada la satu suara sumbang antara kengkawan aku tu kata "wei dah la satgi patah pulak katil ni" krik krik..pakat-pakat buat tak reti termasuklah dengan yang cakap tadi tu,  adehh..

masing-masing tak sedar diri..

sampailah...


prrakkkk!!!!

pakat-pakat membatu,bisu..haaa ambik kau katil betul-betul patah kot .mulalah menuduh hang aku...
sapalah yang cakap tadi masin betul mulut dia huu...
nasib la si tuan rumah,Syu kata tak pa ..tak pa macam mana kami pun tak tau laa hihi..maaflah tuan rumah tambah-tambah kat pengantin yer hehe.. 
kes ni rahsia antara kami-kami ja.. hee
tak buleh bawak ke majlis budak-budak ni

haa baru la pakat-pakat sedar diri nak balik .. kalau katil tu tak patah entahu la sampai bila kami nak dok kat situ..
 apa lagi bedesup lari.. 

zassss... 

pesalah-pesalah melarikan diri.. 

Baliknya, aku pulak yang drive.Paling joh aku drive Baling ja kali ni atas dasar apa aku pun tak tau depa berani gila bagi kepercayaan kat aku nak bawak nyawa-nyawa yang disayangi ramai nu..aku pun dengan berkat tawakal bawak ja la. Meski aku ni tak tau jalan kengkawan aku tu semuanya arif bab jalan. 


merewang jugak la kami ke merata bagai 
dah alang-alang keluar sekali kan.bukan senang nk bekumpul kelua ramai-ramai macam ni..first time ni..
Malam barulah sampai rumah
Alhamdulillah...selamat



ehh.. aku yang mana satu? hehe.. pandai-pandailah cari yo..bye







No comments:

Post a Comment